Kursus Pengenalan Dan Tatacara Permohonan Sijil Halal
17 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Training & Consultant untuk mengadakan Kursus Pengenalan dan Tatacara Permohonan Sijil Halal. Seramai 8 orang peserta usahawan yang telah menghadiri kursus tersebut. Objektif utama kursus tersebut diadakan adalah pengenalan dengan lebih mendalam apa itu halal, keperluan umum dan khusus untuk memohon sijil halal serta tatacara permohonan sijil halal melalui sistem. Kursus tersebut sangat penting kepada para usahawan yang ingin memoho sijil halal untuk perniagaan mereka. Dengan adanya tatacara untuk memohon sijil halal ini, dapat memudahkan para usahawan supaya menjual makanan yang selamat dan terjamin halal tanpa mengundang keraguan kepada pembeli. Oleh itu, Kursus tersebut sangat penting kepada usahawan untuk meningkatkan lagi perniagaan mereka serta memudahkan mereka untuk memohon sijil Halal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: